Sunday, 23 September 2012

Tempat Perlancongan Rekreasi


Melaka River Cruise
river_cruise
Alami pelayaran yang menakjubkan sejauh 9km menyusuri Sungai Melaka selama 45 minit sambil menikmati pemandangan indah, bangunan dan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan banyak lagi pemandangan yang menarik peninggalan sejarah warisan dunia.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi :

Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka
Aras 9, Bangunan Graha Maju,
Jalan Graha Maju, 75300 Melaka.
Tel : +606 281 4322 / 23           
Faks : +606 281 4325
Website : www.ppspm.gov.my

Zoo Melaka

zoo1

Zoo Melaka yang terletak di Ayer Keroh, adalah salah satu tempat tarikan utama pengunjung berikutan kedudukannya yang strategik, iaitu di Lebuh Ayer Keroh, jalan utama yang menghubungkan Melaka dengan Lebuhraya Utara-Selatan. Zoo Melaka adalah zoo yang kedua terbesar di Malaysia dan ianya menjadi kediaman pelbagai spesies binatang yang diancam kepupusan.   Selain dari menyaksikan berbegai  spesis hidupan liar, pengunjung juga boleh menikmati keseronokan berinteraksi bersama  gajah dan menunggang kuda, yang mana sering menjadi kegemaran pengunjung ke Zoo Melaka.

Tarikan utama spesis hidupan liar yang terdapat di Zoo Melaka ialah seperti Seladang, Harimau Belang, Tapir, Gajah dan sebagainya. Sejajar dengan konsep pembangunan zoo, Zoo Melaka telah mengamalkan konsep terbuka dan mengekalkan persekitaran semula jadi yang hijau. Untuk mencapai matlamatnya, empat fungsi utama Zoo Melaka adalah Pembiakan Dalam Kurungan (Konservasi), Penyelidikan, Pendidikan dan Rekreasi.
Di antara Program/Aktiviti Pendidikan Zoo Melaka adalah:-

zoo2
  1. Program "Learn & Fun": untuk kanak-kanak Tadika bersama-sama "guide tour" Zoo Melaka
  2. "Roadshow", Pameran & Ceramah ke Sekolah-sekolah/ IPTA/IPTS atas jemputan
  3. "Green Heart" (Gotong-royong)
  4. "Treasure Hunt" Zoo Melaka
  5. Program "Enrichment" (pengkayaan): "Food & Furniture"
Aktiviti dan Bayaran Masuk

Masa lawatanZoo Siang9.00 pagi – 6.00 petang setiap hari
KategoriHarga*Harga Pakej
Dewasa ( 13 Tahun dan Ke atas)RM 10.00RM 8.00
Kanak-kanak ( 5 Tahun hingga 12 Tahun)RM 4.00RM 2.00
Pelajar Sekolah Menengah (Tingkatan 1-6)RM 5.00-
Warga EmasRM 4.00-
Membawa Video KameraRM 10.00-
*Harga Pakej: Permohonan melalui surat sahaja secara kumpulan 20 orang ke atas.

Harga Trem ( Bayaran di stesen Trem)
KategoriHarga
DewasaRM 3.00
Kanak-kanakRM 2.00
Aktiviti
1.Persembahan Haiwan (Multi-animal Show): 

Isnin - Khamis (11 pagi  & 2 petang)

Sabtu , Ahad, Cuti Sekolah dan Cuti umum ( 10 pagi - 11 pagi) & (2 petang - 3 petang)


2.Interaksi Bersama Gajah

*Tiada bayaran di kenakan Interaksi Bersama Gajah:

Memberi gajah makan : RM 2.00

(12.00 tengahari dan 4 petang)


3.“Free-Ranging" Orang Utan

Hari: Isnin – Ahad (kecuali hari Jumaat)

10.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang

(Cuti Sekolah dan Cuti Umum Sahaja) "Free-Ranging" Orang Utan
Zoo MalamBagi pengunjung yang tidak mempunyai aktiviti pada waktu malam, bolehlah berkunjung ke Zoo Malam pada waktu berikut:-
  • dibuka pada : setiap Jumaat dan Sabtu, sehari sebelum cuti umum dan cuti sekolah
  • masa operasi : 8.00 malam hingga 11.00 malam
KategoriHargaHarga Pakej (Permohonan melalui surat sahaja)
Dewasa ( 13 Tahun dan Ke atas)RM 10.00RM 8.00
Kanak-kanak ( 5 Tahun hingga 12 Tahun)RM 5.00RM 4.00
Aktiviti MemancingRM 30.00-
* Termasuk kemudahan keretapi (Trem)
* Kamera, kamera video dan lampu suluh tidak dibenarkan di bawa masuk

*SEGALA SUBJEK DI ATAS TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN.
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi: 

Zoo Melaka 
Ayer Keroh, 
75450 Melaka 
Tel : +606-232 4053/ 4054 
Faks: +606-232 5859 
Laman Web: www.zoomelaka.gov.my 
Emel: info@zoomelaka.gov.my

Taman Buaya Melaka

taman_buaya

Taman Buaya Melaka mempunyai kira-kira 100 spesies buaya dari serata dunia yang dipelihara dalam suasana yang hampir menyamai habitat semulajadi mereka.Pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan dan pertunjukan yang dipersembahkan oleh penjaga buaya ini pada setiap hari Sabtu. Pertunjukan yang mendebarkan ini pasti akan membuatkan anda tidak senang duduk.

Tarikan terbaru di Taman Buaya yang menjadi salah satu tarikan utama kepada pengunjung ialah  Taman Permainan Air. Terbuka kepada semua dan ia mempunyai keluasan 6000 kaki per segi dan kedalaman diantara 1.5'  dan 2.5'.Tarikan lain di taman ini termasuklah rumah hantu dan pelbagai kemudahan rekreasi yang lain.

Bayaran Masuk:
Dewasa: RM10.00
Kanak-Kanak: RM6.00

Waktu Operasi:
Setiap Hari 9.00 pagi - 7.00 petang

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Taman Buaya Melaka
Pusat Pelancongan Ayer Keroh
Ayer Keroh 75450, 
Melaka
Tel: +606-232 2349 / 232 2350
Faks: +606-231 9136


Taman Rama-rama & Reptilia


Satu lagi tempat menarik untuk dikunjungi di kawasan Ayer Keroh adalah Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka yang menjadi tempat tinggal berbagai spesies rama-rama dan reptilia. 

Selain rama-rama, yang merupakan hidupan utama di sini, pengunjung juga boleh menyaksikan pelbagai jenis reptilia termasuk ular, labah-labah, kala jengking dan ratusan jenis serangga yang pastinya akan membuatkan pengunjung merasa geli geleman.

Menyaksikan reptilia ini secara dekat, terutamanya ular, tentunya akan membuatkan pengunjung lebih memahami kehidupan dan habitat binatang yang seringkali disalah anggap ini.

Bayaran Masuk
Dewasa RM8.00 - (Dengan MyKad)
Kanak-kanak RM5.00 (Dengan MyKad)
Dewasa RM12.00 - (Tanpa MyKad)
Kanak-kanak RM7.00 - (Tanpa MyKad)

Waktu Operasi:
Setiap Hari 8.30 pagi - 5.30 petang

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka
Ayer Keroh 75450, 
Melaka
Tel: +606 232 0033
Faks: +606 232 9977

Taman Mini MALAYSIA

Taman Mini Malaysia, yang boleh dianggap sebagai sebuah taman tema, adalah sebuah tempat yang paling sesuai untuk menyaksikan dan mempelajari tentang keunikan budaya masyarakat dari kesemua negeri di Malaysia.

Tarikan utama taman ini adalah replika rumah-rumah tradisional, yang setiap satunya telah dibina berasaskan senireka dan keunikan setiap rumah tradisional di kesemua 13 negeri di Malaysia.

Di dalam setiap rumah, pelawat akan berpeluang menyaksikan sendiri keindahan kraftangan negeri berkenaan yang digunakan sebagai bahan hiasan di dalam setiap rumah yang dipamerkan. Selain menjadi bahan pameran, kraftangan ini turut menjadi bahan untuk membolehkan pelawat mengenali setiap negeri di Malaysia dengan lebih dekat lagi. Pakaian tradisional turut dipamerkan di dalam beberapa buah rumah untuk tontonan umum.

Walaupun dari pandangan umum semua rumah ini nampak seakan-akan sama, mereka sebenarnya tidaklah serupa kerana setiap satu mempunyai identiti dan keunikan yang tersendiri.Selain rumah-rumah tradisional ini, pelawat juga boleh menyaksikan pelbagai pertunjukan kebudayaan selain permainan tradisional.

Bayaran Masuk:
Dewasa : RM10.00
Kanak-kanak : RM5.00

Waktu Operasi:
Setiap Hari    9.00 pagi – 5.00 petang

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Taman Mini Malaysia/ASEAN,
Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka
Tel:
 +606-232 1334
Faks:
 +606-232 1335

Taman Mini ASEAN
Pengunjung akan dapat mempelajari dan mengetahui dengan lebih terperinci lagi mengenai sejarah dan kebudayaan negara-negara ini dengan melawat setiap replika rumah yang dibina di taman ini.

Pengunjung juga dapat menyaksikan pertunjukan kebudayaan negara-negara Asean yang dipertontonkan kepada pengunjung pada setiap hujung minggu.

Bayaran Masuk:
Dewasa   RM4.00
Kanak-kanak : RM2.00
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:Taman Mini Malaysia/ASEAN,
Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka
Tel:
 +606-232 1334
Faks:
 +606-232 1335

Kampung Buku Malaysia Melaka


Kampung Buku Malaysia Melaka telah ditubuhkan bermula pada 9 April 2007. Objektif penubuhannya adalah untuk menggalakan masyarakat membaca di samping sebagai salah satu daya tarikan pelancongan ke Negeri Melaka ini.

Lokasi Kampung Buku Malaysia Melaka ini terletak di Taman Botanikal Melaka (dahulunya dikenali sebagai Hutan Rekreasi, Ayer Keroh, Melaka). Dengan kedudukan Melaka yang strategik iaitu di tengah laluan Kuala Lumpur ke Johor Bahru dan mempunyai pintu masuk melalui darat, udara dan laut. Kampung Buku ini mampu menjadi "One Stop Book Centre" yang bertaraf antabangsa.

Kampung Buku Malaysia Melaka ini adalah merupakan yang ke 2 di Malaysia dan ke 5 di Asia serta ke 33 di dunia. Konsep Kampung Buku Malaysia Melaka ini adalah mengambil contoh daripada Kampung Buku Dunia yang terdapat di Berlin, Norway dan Langkawi. Selain itu, penubuhan Kampung Buku ini dapat mengumpul segala buku-buku yang terdapat di serata tempat untuk tujuan pembacaan, rujukan, pengumpulan maklumat serta panduan kepada masyarakat.

Waktu operasi Kampung Buku Malaysia, Melaka
Isnin hingga Jumaat 
9.00 pagi - 5.00 petang
Sabtu dan Ahad 
9.00 pagi - 2.00 petang

Sila hubungi kami di:
Kampung Buku Malaysia Melaka
Taman Botanikal Melaka  
Hang Tuah Jaya  
Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka
Tel : +06- 251 9181  
Faks : +06 - 251 9182
Laman Web: www.bookvillage.com.my

Masuk adalah Percuma


Kampung Buku Malaysia, Melaka, ini di uruskan oleh Perbadanan Hang Tuah Jaya. Bagi sebarang kemusykilan, sila gunakan alamat dan no yang tertera seperti berikut : 
Perbadanan Hang Tuah Jaya
Aras 5,Wisma Negeri,  
Bandar MITC, Hang Tuah Jaya, 
75450 Ayer Keroh, Melaka
Tel. : +606-232 3653
Faks : 06- 232 4764
Laman Web: www.phtj.gov.my

Kompleks Falak Al-Khawarizmi


Kompleks Falak Al-Khawarizmi merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Melaka bagi mengkaji dan meneroka kejadian serta rahsia alam cakerawala. Kompleks ini juga merupakan satu-satunya aktiviti pelancongan yang berdasarkan pendidikan falak / astronomi di Melaka.

Terdapat tiga bangunan utama di dalam Kompleks Falak Al-Khawarizmi, iaitu Balai Cerap, Planetarium dan Pusat Latihan. Dikelilingi kehijauan alam yang mendamaikan dan pemandangan yang mempesonakan. 

Jadual Tayangan Dan Bayaran Masuk :

HariMasaTajuk TayanganJenis TayanganJumlah Tempat DudukDewasa12 Tahun Ke BawahPelajar
MenengahRendah
Selasa Hingga Ahad Dan Cuti Am10.00amSky QuestFilem Planetarium90RM 2.00RM 1.00RM 2.00RM 1.00
11.00amBlue SkyFilem 2D78RM 3.00RM 2.00RM 3.00RM 2.00
2.00pmSky QuestFilem Planetarium90RM 2.00RM 1.00RM 2.00RM 1.00
3.00pmBlue PlanetFilem 2D78RM 3.00RM 2.00RM 3.00RM 2.00
4.00pmSky QuestFilem Planetarium90RM 2.00RM 1.00RM 2.00RM 1.00
JumaatTiada Tayangan Pukul 2.00 pm
IsninTutup
* Bayaran Masuk Ke Kompleks Falak Sahaja (Tanpa Tayangan) : RM 1.00

Waktu Jualan TiketPagiPetang
Selasa – Ahad Dan Cuti Am9.30 am – 12.45 pm2.00 pm – 4.30 pm
Jumaat9.30 am – 12.30 pm2.45 pm – 4.30 pm

Kemudahan
  • Auditorium
  • Dewan Pameran
  • Bilik VIP
  • Kafeteria
  • Bilik Kuliah
  • Surau
  • Rak Kasut dan Beg
  • Gerai Cenderahati
  • Makmal Komputer
  • Perpustakaan Mini
  • Internet
  • Ruang Meletak Kereta
Perkakasan
  • SciDome Digital Projection System
  • Ritchey-Chretein 16" Telescope
  • CCD Camera SBig St-10Xme
  • Paramount Me Robotic Mount
  • Reflector Telescope, Takahasi Fs128 5"
  • NJP Temma400X Go To Mount
  • Schmidt Cassegrain Telescope
  • Celestron Nextstar 11 Gps
  • Computerised Goto Telescope
  • Meade Lx200 8" Telescope
  • ETX125 Telescope
  • Outdoor Camera
  • Wireless Davis Weather Station
  • Binocular, Monocular, Teodolite, Compass
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:Kompleks Falak Al-Khawarizmi
Kampung Balik Batu
Tanjung Bidara
78300 Alor Gajah
Melaka
Tel : +606-384 2148 / +606-284 7920 / 21
Faks : +606-384 2126 / +606-284 8144
Laman Web : http://www.khawarizmiobs.com

atau

Jabatan Mufti Negeri Melaka
Kompleks Majilis Agama Islam Melaka
Bukit Palah, 75150 Melaka
Tel : +606-2847920 / 21
Faks : +606-284 8144
E-mel : jkmmufti@tm.net.my

Taman Botanikal Melaka


Ditubuhkan pada 1 Jun 2006, ia tercetus daripada idea  YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka. Dahulunya Taman Botanikal terkenal sebagai Hutan Rekreasi Ayer Keroh yang mempunyai keluasan 92.5 hektar. Antara keistimewaan yang terdapat untuk pengunjung ialah :
  • Penyediaan kompleks tempat letak kereta
  • Pembangunan taman-taman bunga dan kemudahan-kemudahan lain untuk tatapan pengunjung.
  • Taman ini merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menawarkan kedamaian dan ketenangan.
  • Kaya dengan pelbagai spesis tumbuhan.
  • Menawarkan pelbagai aktiviti untuk berekreasi dan beriadah sambil menikmati udara segar.
  • 300 spesis flora dan fauna.
Taman - Taman
  • Taman Keladi
  • Taman Orkid
  • Taman Helicornia
  • Taman Buluh
  • Taman Herba
Hutan Rekreasi Sungai Udang


Hutan Rekreasi Sungai Udang dengan keluasan 335 hektar dalam Hutan simpan Sungai Udang merupakan jenis Hutan Dipterokarp Pamah.  Hutan rekreasi ini terdapat pelbagai jenis flora dan fauna yang sesuai untuk melakukan aktiviti rekreasi luar.

Aktiviti yang boleh dijalankan di sini seperti berkhemah, dan merentas denai hutan. Suasana hutan lipur ini yang permai sesuai untuk menjalankan aktiviti berehat serta berkelah.

Pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Sungai Udang ke Hutan Rekreasi Sungai Udang.

Hutan Rekreasi Tanjung Tuan


Hutan Rekreasi Tanjung Tuan terletak dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Alor Gajah dan bersempadan dengan Port Dickson, Negeri Sembilan. Ianya tidak jauh dari bandar Melaka, iaitu kira-kira 20 minit menaiki bas. Pantai ini adalah kawasan rekreasi yang baru dibangunkan untuk memenuhi keperluan kemudahan kawasan rehat untuk sekeluarga. 

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti berkelah, menaiki bot, bermain layang-layang dan berenang (risiko adalah tanggungan sendiri). Terdapat juga perkhidmatan menunggang kuda, tetapi caj dikenakan.

Setiap pagi, ramai penduduk dari kawasan sekitar datang ke pantai ini untuk menangkap udang geragau (sejenis udang halus) yang banyak terdapat di sini, terutamanya pada bulan Ogos hingga Oktober. Ini adalah kerana aktiviti ini bermusim mengikut tiupan angin monsun.Geragau sangat popular di Melaka terutamanya untuk dibuat belacan dan cencaluk.

Sementara itu, pada setiap hari Ahad dari 4.30 petang ke 6.30 petang terdapat persembahan "Dondang Sayang" percuma.Banyak gerai-gerai makanan dan buah-buahan disepanjang pantai untuk kemudahan para pengunjung mendapatkan hidangan tanpa bersusah payah membawa bekal. Suasana di pantai ini menjanjikan kedamaian untuk anda melepaskan tekanan diri dan mendapatkan ilham baru.

Tanjung Tuan ( Cape Rachado)


Di Cape Rachado terdapat rumah api tertua di negara yang dibina oleh pihak Portugis pada kurun ke-16. Walaupun rumah api ini masih megah di tempat ini, namun ia tidak lagi berfungsi tetapi menempatkan radar MEASAT yang digunakan untuk tujuan pemancaran dan komunikasi.

Cape Rachado juga merupakan syurga kepada pencinta burung. Ia adalah pusat burung-burung yang bermigrasi di lagun biru dan pantai yang indah. Ia popular sebagai pusat persinggahan untuk burung pemangsa terutamanya burung helang lebah. Burung-burung lain yang singgah di sini semasa penghijrahan musim sejuk termasuk burung layang-layang dan pelbagai jenis burung helang, yang selalu dapat dilihat di antara bulan September dan Mac setiap tahun.

Tasik Ayer Keroh


Tasik Ayer Keroh yang terletak berhampiran Zoo Melaka dan Dataran Sejarah, adalah satu destinasi yang sesuai untuk aktiviti air seperti mendayung dan berkayak. Ianya dilengkapi pelbagai kemudahan asas untuk membolehkan pengunjung menikmati keindahan alam semulajadi di samping menjadi tempat sesuai untuk bersantai.

Tasik Ayer Keroh adalah merupakan satu destinasi kegemaran ramai pada hujung minggu atau cuti umum dan ini terbukti dengan kehadiran orang ramai. Taman Tasik Ayer Keroh sememangnya satu lokasi untuk berehat yang cukup sesuai, samada untuk keluarga atau bersama kawan.

Kolam Air Panas Gadek


Kolam Air Panas Gadek terletak di bandar Alor Gajah, kira-kira 30km dari bandaraya Melaka. Ia merupakan satu destinasi pilihan untuk pengunjung dari dalam dan luar negara. Dipercayai kolam air panas ini telah ditemui oleh orang kampung di kawasan berkenaan apabila mereka mendapati ramai tentera British mendiami kawasan berhampiran kolam tersebut. Adalah dipercayai bahawa air dari kolam ini mempunyai kuasa menyembuh.
Mereka yang mengidap penyakit kulit adalah disarankan berendam di dalam kolam air panas ini. Dengan adanya kemudahan lain seperti sebuah restoran dan padang permainan kanak-kanak dan sebagainya, Kolam Air Panas Gadek adalah tempat yang sesuai untuk keluarga, samada untuk berekreasi atau untuk mengubati penyakit kulit dan sebagainya.

Bayaran Masuk:
Dewasa : RM2.00
Kanak-kanak : RM1.00

Waktu Operasi:
Setiap Hari : 7.00 pagi - 9.00 malam.

Menaiki Beca


Cara yang terbaik untuk bersukaria dan menghayati bandar Melaka ialah dengan berjalan perlahan-lahan sambil duduk berehat. Walaubagaimanapun, sekiranya anda inginkan sedikit kelainan, anda boleh menyewa beca yang akan membawa anda melalui jalan-jalan dan lorong-lorong di pusat bandar bersejarah ini yang selalunya akan tertinggal sekiranya anda mengambil keputusan untuk berjalan sendiri. Beca ini boleh disewa mengikut jam ataupun mengikut jarak perjalanan dan ia berpengkalan di The Stadthuys.

Kadar tambang yang biasanya dikenakan oleh pengusaha beca untuk perjalan pergi-balik dari The Stadthuys ke Kota A Famosa adalah RM10 untuk sebuah beca.

Menaiki Kereta Lembu


Menaiki kereta lembu tradisional Melaka adalah satu aktiviti yang tidak sepatutnya ditinggalkan oleh pengunjung ke Melaka kerana ia dapat memberikan satu kepuasan yang amat berbeza.

Kereta lembu yang merupakan kenderaan pengangkutan utama di Melaka suatu ketika dahulu, adalah lain dari kereta lembu yang ada di negeri lain. Kereta lembu tradisional Melaka dihiasi dengan perhiasan yang beraneka warna dan mempunyai bumbung yang sama bentuknya seperti tanduk lembu.

Perkhidmatan kereta lembu ini seringkali menjadi tumpuan orang ramai dan ini terbukti dengan kehadiran pengunjung yang ramai, yang sabar menanti giliran untuk menaikinya. Walaupun jarak perjalanan adalah pendek, pengalaman yang diperolehi adalah sesuatu yang amat berharga.

Menara Taming Sari


Saksikanlah panorama indah dan pemandangan keseluruhan tempat bersejarah di Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO pada ketinggian 80 meter. Anda pastinya teruja melihat keindahan dan keunikan tempat bersejarah seperti Bukit St. Paul, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Pulau Besar dan Selat Melaka. Disamping itu, anda berpeluang melihat kepesatan pembangunan di Negeri Melaka. Pastinya pengalaman anda menaiki Menara Taming Sari akan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Harga Tiket : 
Dewasa : RM 20.00
Kanak-Kanak : RM 10.00

Masa Operasi : 
10.00 am-10.00 pm

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-
Menara Taming Sari Berhad,
Jalan Merdeka, Banda Hilir,
75000 Melaka.
Tel No.   : +606 288 1100 / 281 3366 
Fax No. : +606 288 1551

Sumber:Portal Rasmi Kerajaan Negeri Melaka 

Tempat Perlancongan Bersejarah


PERKAMPUNGAN PORTUGIS


Perkampungan Portugis juga dikenali sebagai Mini Lisbon. Ia terletak 5km dari Bandar Melaka iaitu di Ujong Pasir, Melaka. Perkampungan ini mempunyai kira-kira 1,500 orang yang terdiri daripada 116 buah keluarga yang berbangsa Portugis dan mula bertapak di Melaka pada tahun 1930. 

Perkampungan ini meliputi keluasan 13 ekar dengan 8 ekar daripadanya terdiri daripada penempatan penduduk dan selebihnya telah didirikan sekolah, padang dan taman permainan kanak-kanak.  Ia merupakan sebuah perkampungan yang unik mengenai kehidupan masyarakat Portugis pada abad ke-16 dan mereka masih mengamalkan bahasa, budaya, lagu dan tarian Portugis sehingga hari ini.

KOTA A'FAMOSA


Kota A'Famosa merupakan pintu gerbang kubu di Melaka. Pintu gerbang ini merupakan peninggalan portugis dan sebuah kubu yang begitu mantap pada suatu masa dahulu.
Kubu ini dahulu mempunyai tembok yang panjang dan empat menara utama. Salah satu daripadanya ialah menara utama empat tingkat, manakala yang lain merupakan bilik simpanan senjata, kediaman kapten dan juga kuarters pegawai.

Kubu ini bertukar tangan pada tahun 1641 apabila orang Belanda berjaya mengusir Portugis dari Melaka. Mereka telah mengubah suai pintu gerbang tersebut pada tahun 1670 yang mana perkataan "ANNO 1670" boleh dilihat pada pintu gerbang itu.

Kubu ini mengalami kerosakan struktur yang teruk semasa pencerobohan Belanda. Apabila ia bertukar tangan kepada pihak British, mereka amat berwaspada mengenai pengekalannya dan mengarahkan kubu itu dimusnahkan. Ia hampir musnah keseluruhannya apabila Sir Stamford Raffles yang melawat Melaka dan campur tangan untuk menyelamatkan pintu gerbang daripada dimusnahkan kerana minat beliau terhadap sejarah.

Bayaran Masuk:

Masuk adalah percuma.


PULAU BESAR

Pulau Besar mempunyai keluasan kira-kira 168 hektar dan merupakan pulau yang terbesar sekali di Melaka.  Ia merupakan sebuah pulau di luar pantai Melaka. Terletak 15km daripada Bandar Melaka serta dihubungkan melalui pengangkutan air. Terdapat kemudahan feri  disediakan di antara Tanah Besar iaitu di Jeti Anjung Batu dan juga kemudahan bot yang boleh disewa di Jeti Umbai, Melaka. Banyak lagenda dikaitkan dengan pulau ini. Pulau Besar dari jauh kelihatan seperti seorang wanita hamil yang sedang berbaring.

Pulau Besar dikatakan penuh dengan sejarahnya yang menjadi daya tarikan pelancong tempatan dan luar negara khususnya bagi mereka daripada keturunan India Muslim Malaysia dan Singapura. Di antara tempat pelancongan yang menjadi tumpuan adalah seperti Makam Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail, Makam Syarifah Rodziah, Makam Saiyid Ibrahim (R.A), Batu Tengkorak, Pokok Disula, Tasik Biawak, Batu Belah, Keramat Masin Tawar, Istana Bunian, Perkampungan Bunian, Gua Yunus, Keramat Ular, Makam Nenek Kebayan, Makam Tok Janggut, Makan Seribu, Makam Tujuh Beradik, Makam Nisan Satu, Tapak Kaki Sultan Arifeen dan sebagainya. Pulau ini dianggap suci oleh orang-orang tempatan dan pelancong dinasihatkan untuk berkelakuan baik apabila berada di pulau ini.

Terdapat gerai-gerai yang disediakan bagi pelancong agar mereka dapat menikmati pantai yang cantik dan pemandangan yang indah.


PERIGI HANG TUAH

Perigi Hang Tuah yang terletak di Kampung Duyong dikatakan digali oleh Hang Tuah untuk kegunaannya sendiri semasa beliau membesar di kampung tersebut.

Pada asalnya perigi ini adalah kecil, tetapi lama-kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan tidak kering, walaupun di musim kemarau dan airnya dikatakan sentiasa jernih dan dapat menyembuhkan penyakit.


Ada juga cerita bahawa perigi ini tempat tinggal roh Hang Tuah yang menjelma sebagai seekor buaya putih. Ia dikatakan bahawa orang biasa tidak dapat melihat buaya ini dan hanya orang-orang alim sahaja yang dapat melihat jelmaan ini.

PERIGI HANG LI PO


Perigi Raja (Perigi Hang Li Po) ini dibina pada tahun 1459 dibawah arahan Sultan Mansor Shah kepada isteri beliau, Puteri Hang Li Po, seorang puteri dari negara Cina. Perigi ini tidak pernah kering dan merupakan satu-satunya punca air semasa musim kemarau. Pihak Belanda membina tembok disekelilingnya pada tahun 1677 untuk memeliharanya sebagai perigi permintaan (wishing well).

Ada yang berkata bahawa mereka yang melontar duit syiling ke dalamnya akan kembali ke Melaka pada masa depan. Perigi ini terletak di Jalan Puteri Hang Li Po.


Waktu operasi:
Setiap Hari: 7.00 pagi -7.00 petang


MAKAM HANG TUAH


Hang Tuah merupakan seorang pahlawan Melaka di mana kisah keberaniannya terbukti apabila semasa remaja lagi dengan tanpa bantuan sesiapa, beliau telah dapat menangkap seorang lelaki yang mengamuk di Kampung Duyong. Kehebatan ini sampai ke telinga Sultan dan Hang Tuah dipanggil ke istana untuk dijadikan pahlawan termuda berkhidmat dengan Melaka. Kebolehannya yang cemerlang membuatkan beliau bersama empat sahabatnya legenda dalam sejarah Melaka. 

Walaupun terdapat beberapa hikayat bahawa Hang Tuah hilang begitu sahaja dan terdapat yang mengatakan Hang Tuah meninggal dunia di Perak. Sejarah Melayu daripada tulisan Tun Seri Lanang, yang dianggap sahih dalam pengisahan Sejarah Melayu, mengatakan Hang Tuah meninggal dan dikebumikan di Tanjung Kling dengan penuh adat istiadat.



MAKAM HANG JEBAT


Makam Hang Jebat bertempat di Kampung Pali, berdekatan Jalan Gelanggang di Bandar Melaka. Hang Jebat merupakan seorang wira terkenal semasa Kesultanan Melayu Melaka. Beliau merupakan salah seorang daripada empat sahabat rapat Hang Tuah.

Namun begitu, Hang Jebat akhirnya dibunuh oleh Hang Tuah dalam pergaduhan yang memakan masa 3 hari dan 3 malam. Demi keadilan terhadap hukuman Sultan yang berat sebelah ke atas Hang Tuah, Hang Jebat dituduh sebagai seorang penderhaka kepada Sultan. Perbalahan ini menimbulkan tanda tanya tentang moral Hang Jebat terhadap pihak berkuasa dan mengenai Hang Tuah yang menurut perintah Sultan walaupun kesalahan Hang Jebat ialah untuk membela nasib Hang Tuah.


MAKAM HANG KASTURI


Hang Kasturi merupakan salah seorang pahlawan lima bersaudara yang terdiri daripada Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu. 

Reka bentuk Makam Hang Kasturi banyak dipengaruhi seni bina India, yang mana terdapat ruang-ruang untuk menempatkan pelita untuk menerangi makam tersebut. Makamnya juga dalam bentuk bertingkat sederhana besar, tidak seperti makam-makan berukuran panjang yang dianggap keramat.


MAKAM TUN TEJA


Tun Teja atau Tun Teja Retna Benggala adalah anak kepada Seri Amar Diraja, Bendahara Negeri Pahang. Beliau sebenarnya tunangan Yang Dipertua Pahang, Sultan Abdul Jalil. Mengikut Sejarah Melayu, Tun Teja telah dilarikan dari Negeri Pahang dan diyakinkan oleh Hang Tuah untuk mengahwini Sultan Mahmud Shah.

Hasil perkahwinan ini, baginda telah dikurniakan Putera Amar Dewi. Semasa Sultan Mahmud Syah berundur dari Melaka ke Bentayan (Muar) akibat serangan Portugis, Tun Teja mangkat dan dimakamkan di sini dengan penuh kehormatan.


PERKUBURAN BELANDA


Kubur Belanda yang terkenal ini terletak di Bandar Hilir bersebelahan dengan Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka. Kubur ini digunakan pada akhir suku kurun ke-17 dan mempunyai 5 kubur Belanda dan 33 kubur British di dalam kawasan ini. 

Tanah perkuburan ini digunakan pada dua peringkat iaitu di antara 1670-1682 dan 1818-1838. Di antara kubur yang menjadi tarikan ialah kubur yang mempunyai menara yang tinggi yang mana merupakan kubur dua orang pegawai yang mati semasa Perang Naning.


PANCURAN AIR RATU VICTORIA


Pancuran air ini dibina pada tahun 1904 sempena memperingati pemerintahan jubli Ratu Victoria. Terletak di tengah-tengah Dataran Belanda, Pancutan Air Ratu Victoria ini masih lagi berfungsi dan telah menjadi tumpuan utama para pengunjung yang datang melawat bandaraya bersejarah ini.

BUKIT ST. JOHN  



Kubu St. John telah dibina oleh orang Belanda pada 1760 untuk melindungi daripada serangan daripada arah darat. Pada masa itu, orang Melayu yang gelisah sudah mengatur langkah untuk cuba menyerang Melaka. Inilah sebabnya Kubu St. John mempunyai satu ciri yang tersendiri iaitu meriam yang menghadap ke pedalaman. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa meriam yang menghadap ke laut. 

Kubu ini yang terletak di atas Bukit Senjuang merupakan tapak gereja kecil yang ditujukan kepada John the Baptist. Pada masa ini, perayaan St. John the Baptist masih diraikan oleh orang Katolik pada 23 Jun dengan penyalaan ribuan lilin di rumah-rumah di bandar ini


GEREJA CHRIST


Gereja Christ yang berwarna merah ini telah dibina pada tahun 1753. Ia dibina berdasarkan kehebatan reka bentuk seni bina Belanda. Setiap satu kasau di ruang ibu diukir daripada sebatang pokok manakala kerusi gereja itu yang dibuat dengan tangan itu masih kekal dan sudah berumur lebih kurang 200 tahun.

Terdapat juga batu nisan pada lantai gereja dengan tulis Armenia. Tarikan-tarikan lain yang terdapat di sini adalah termasuk alang yang dibina tanpa penyambung, kitab Bible Bras dan gambar 'Last Supper' pada jubin glis.

Bayaran Masuk:

Masuk adalah percuma tetapi anda digalakkan menderma untuk penjagaan gereja ini.


Gereja St. Francis Xavier


Gereja St. Francis Xavier ini telah dibina oleh Paderi Farve, seorang rakyat Perancis pada tahun 1849. Gereja ini terletak di Jalan Laksamana. Menara gereja ini dibina khas bagi memperingati St. Francis Xavier yang dikenali sebagai Mubaligh Sulung di Timur. Beliau dikenang kerana kerja-kerja dakwahnya yang menyebarkan agama Katholik di Asia Tenggara pada kurun ke-16. 

Gereja St. Paul


Gereja ini dibina oleh seorang kapten Portugis iaitu Duate Coelho. Orang Portugis menamakannya "Our Lady of the Hill" tetapi pihak Belanda kemudian menamakannya semula sebagai "Gereja St. Paul". Ia juga digunakan sebagai tempat persemadian bangsawan Belanda.

St. Francis Xavier yang meninggal dunia di pantai Negara China pada tahun 1552 telah disemadikan di sini buat seketika di dalam kubur yang terbuka sebelum dipindahkan ke Goa, India. Patungnya yang dibina di Melaka tidak mempunyai tangan kanannya yang menunjukkan bahawa mayat beliau di Goa tidak mempunyai tangan kanan.

Pada 1952, Biskop Macau membuat keputusan untuk meletakkan patung St. Xavier di depan Gereja St. Paul. Sebuah patung marmar ditempah di Itali dan diukir oleh pengukir Itali terkenal, G Toni, dan ia telah siap untuk perayaan seratus tahun keempat pada Mac 22, 1953.


Gereja St. Peter


Gereja St. Peter dibuka pada tahun 1710 selepas pemerintah Belanda mengembalikan kebebasan beribadat kepada orang Katholik Roman Melaka. Gereja ini merupakan gereja Roman Katholik yang tertua di Malaysia dan dibina di atas tanah yang disumbangkan oleh seorang rakyat Belanda, Maryber Granz Amboer.
Bangunan ini mempunyai seni reka bentuk timur dan barat dan patung Alabaster Nabi Isa bersaiz sebenar sebelum kebangkitannya boleh dilihat di sini. Ia juga mempunyai loceng yang bawa khas dari Goa India yang diperoleh daripada gereja yang dibakar oleh orang Belanda.

Bayaran Masuk:

Masuk adalah percuma.
Pelawat dinasihatkan agar berpakaian sopan dan memperolehi kebenaran daripada pihak Gereja sebelum lawatan dibuat.

PERKUBURAN BRITISH


Kubur British ini terletak di Alor Gajah, Melaka. Pada bulan Mei 1829, orang Inggeris telah menyerang Naning buat kali kedua. Walaupun Naning tewas dalam peperangan tersebut, Datuk Dol Said hanya menyerah diri pada tahun 1834. Beliau diberi pencen sebanyak 100 ringgit setiap bulan sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1849. Walaupun orang Inggeris memenangi peperangan itu, ramai daripada tenteranya terkorban termasuklah George Holford Walker yang terbunuh bersama kuda dan anjingnya yang telah disemadikan di sini. Datanglah melawat kubur tersebut kerana terdapat kesan sejarah. 

MAKAM DOL SAID



Dol Said atau nama penuhnya Dato Abdul Said merupakan seorang pemerintah kesembilan Naning di Melaka. Beliau membantah pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh British dan ini menyebabkan konflik yang dikenali sebagai Perang Naning, yang berlaku pada 1831.

Beliau menggunakan kebijaksanaannya dan dengan bantuan daripada perikatan Melayu yang lain, termasuk Seri Menanti, Sungai Ujong, Johol dan Muar, beliau telah dapat mengalahkan pihak British dalam serangan pertamanya.

 Dalam serangan kedua, Naning tidak berjaya mendapat bantuan daripada jiran-jirannya malah Yam Tuan Muda Raja Ali di Rembau membantu pihak British dengan menghantar 600 orang bagi mengukuhkan tentera mereka. Dol Said terpaksa berundur ke Sri Menanti dan seterusnya menyerah kalah, sekali gus mengakhiri perang tersebut. British menggabungkan Melaka dan Naning dan Dol Said diberikan tempat tinggal di Melaka. Dol Said dan orang Naning telah dikhianati oleh orang Melayu Rembau. Cerita Perang Naning ini tidak dibesar-besarkan walaupun orang Melayu yang memenangi Perang Naning Pertama dan British pada masa itu merupakan kuasa dunia yang sebenarnya. Perang ini menjadikan Dol Said seorang wira dalam sejarah Melayu.


BATU MEGALITH


Di daerah Alor Gajah, Melaka, terdapat hampir seratus kawasan pusara purba yang dikenali sebagai Megalith Datuk Tua. Ia dipercayai sebagai kubur nenek moyang mereka. Salah satu kawasan purba yang telah dikenalpasti ialah di Kampung Cerana Putih, Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.

KOTA BELANDA


Digunakan sebagai pusat bagi menguatkuasakan monopoli kutipan cukai Belanda. Ia diduduki oleh sekumpulan kecil pegawai Belanda tetapi kemudiannya telah ditinggalkan apabila perlombongan di kawasan Naning tersebut telah dihentikan operasinya.

REPLIKA KERIS


Keris merupakan senjata tradisi yang terkenal di Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ianya merupakan senjata utama masyarakat melayu di zaman penjajahan Inggeris, Portugis dan Belanda.Bagi Masyarakat Alor Gajah, keris merupakan lambang kemegahan orang melayu terutamanya sewaktu Perang Naning. Oleh itu Replika Keris ini dijadikan identiti utama Daerah Alor Gajah.

Replika Keris gergasi terletak di Dataran Keris manakala Replika Keris yang saiznya lebih kecil boleh didapati dibeberapa pintu masuk utama ke Daerah Alor Gajah iaitu di Simpang Empat, Simpang Ayer Keroh - Durian Tunggal dan Simpang Lubuk Cina.


Sumber:Portal Rasmi Kerajaan Negeri Melaka 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...